Home > Common > Jangan pinggirkan lagu tempatan – Utusan (Malaysia Newspaper – today’s news)

Jangan pinggirkan lagu tempatan – Utusan (Malaysia Newspaper – today’s news)

ISU penyiaran lagu-lagu luar di stesen radio swasta nampaknya kembali hangat. Ia dihangatkan dengan kenyataan demi kenyataan oleh artis dan komposer tempatan yang merasakan nasib diri mereka ditindas di negara sendiri.

Ekoran penyiaran lagu luar negara, terutamanya dari Indonesia yang terlalu kerap, lagu tempatan dilihat terasing dan tidak dipedulikan.

Penyanyi Amy Search meledakkan amarahnya dengan tindakan radio swasta yang dikatakan melampau terhadap lagu dari Indonesia itu.

“Penyampai radio kita kelihatan berlumba-lumba menyiarkan lagu luar dan macam satu kebanggaan pula kepada mereka,” kata Amy baru-baru-baru ini.

Banyak komposer pula melahirkan rasa kecewa mereka kerana pada masa ini lagu artis tempatan tidak mendapat tempat di beberapa saluran radio swasta. Ini menyebabkan permintaan terhadap lagu-lagu luar meningkat dan artis kita sendiri kerugian.

Keadaan ini tentunya merugikan artis tempatan apabila kita terpaksa membayar kepada karyawan luar sejumlah royalti yang banyak dan meningkat dari tahun ke tahun.

Kutipan royalti Badan Perlindungan Hakcipta Malaysia (MACP) kepada lagu luar bertambah daripada RM18.9 juta tahun 2004 kepada RM21.8 juta tahun 2005. Tetapi kutipan untuk karyawan muzik tempatan semakin kurang.

Ini disebabkan oleh stesen radio dan televisyen banyak menyiarkan lagu-lagu luar negara yang membuatkan royalti itu terpaksa dibayar kepada karyawan luar.

Ini menunjukkan pertambahan stesen radio tidak memberikan peningkatan royalti kepada karyawan muzik tempatan kerana sebahagian kutipan royalti dibayar kepada karyawan luar. Ini sekali gus mengalirkan wang ke luar negara untuk membayar royalti lagu-lagu luar negara yang banyak disiarkan stesen penyiaran tempatan.

Stesen radio terutamanya swasta lebih cenderung menyiarkan lagu-lagu artis luar tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada karyawan tempatan.

Ini bukan isu baru sebenarnya. Sebaliknya lambakan lagu-lagu Indonesia di Malaysia sudah berleluasa semenjak lima tahun lalu. Album yang memperlihatkan kejayaan artis Indonesia di sini bermula dengan Kisah Klasik Untuk Masa Depan milik Sheila On 7 pada tahun 2001.

Album yang menyelitkan lagu Sephia itu itu dijual melebihi 70,000 unit untuk tempoh empat bulan di negara ini. Ini adalah satu jumlah yang cemerlang pada ketika album artis tempatan sukar mencatat jualan yang tinggi.

Sephia menjadi lagu kegilaan ramai dan laris apabila radio swasta memainkan lagu berkenaan berkali-kali dalam jangka masa beberapa jam sahaja.

Diakui kehebatan melodi berkenaan dan promosi gegak gempita stesen swasta, Sephia menjadi lagu yang paling popular ketika itu. Nah, dari situlah permulaan segala-galanya.

Kebangkitan nama Sheila On 7 turut mengheret rakan-rakan mereka yang lain untuk menjaja nama di Malaysia pada tahun- tahun berikutnya. Kumpulan seperti Peterpan, Radja, Dewa dan banyak lagi anak band mula meniti popular di sini.

Kerjasama yang positif diberikan oleh media penyiaran kita jadi punca keadaan ini berlaku.

Pada awalnya tidak banyak penyanyi tempatan yang marah dengan kehadiran artis Indonesia. Mereka menerimanya sebagai persaingan yang sihat bagi meningkatkan pembangunan karya muzik tempatan sendiri.

Malah Amy sendiri pada suatu masa pernah memberitahu bahawa ia adalah satu persaingan yang baik kepada industri kita. Bagaimanapun apabila kehadiran artis Indonesia terus-menerus, ia semacam melambakkan lagu luar. Beberapa tahun kemudian, barulah artis tempatan sendiri melihat hal ini sebagai sesuatu yang perlu diberi perhatian.

Jika tidak diendahkan, lambat-laun tidak akan ada lagi generasi yang menghargai artis dan karya seni sendiri. Justeru dalam soal ini siapa yang perlu dipersalahkan? Kehadiran lagu luar terutamanya dari Indonesia wajar dikekang bagi menjaga kepentingan artis tempatan.

Antara artis dan media penyiaran nampaknya seperti bermain tarik tali apabila saling menyalahkan. Artis menyalahkan stesen radio dan menganggap kebanyakan stesen radio swasta sudah keterlaluan.

Bagi artis, keadaan ini membantutkan karya-karya tempatan untuk berkembang di negara sendiri. Kepada stesen radio pula mereka memilih lagu-lagu luar atas permintaan dan kehendak pendengar.

Kehendak masyarakat diutamakan dan yang paling penting mereka adalah pihak yang berniaga. Keuntungan menjadi faktor paling utama dalam pemilihan sesebuah lagu untuk siaran.

Sebagai stesen swasta, mereka lebih cenderung kepada lagu-lagu yang digilai pendengar, bukannya menghidangkan apa yang kurang menyelerakan. Barangkali ada kebenarannya apabila bercakap tentang tindakan yang dibuat oleh stesen swasta berkenaan.

Bagaimanapun apakah radio swasta ini hanya perlu memikirkan soal keuntungan semata-mata? Tidakkah ada sedikit tanggungjawab untuk membawa lagu tempatan ke tengah gelanggang?

Misalnya dalam segmen-segmen tertentu lagu-lagu Indonesia lebih banyak ke udara berbanding lagu tempatan. Soalnya kenapa stesen radio swasta terlalu bergantung kepada lagu-lagu luar untuk mempertahankan perniagaan mereka?

Jika sebelum ini, radio swasta mampu meraih keuntungan besar tanpa terlalu ‘memuja’ lagu Indonesia, kenapa sekarang sudah berubah?

Benarkah pendengar yang meminta semua itu?

Pengurus Besar Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul memberitahu, lagu- lagu Indonesia kini berada pada fasa penerimaan yang cukup tinggi kalangan pendengar.

“Hanya lagu Inggeris sahaja yang dihadkan di stesen Hot FM, tetapi bukan untuk lagu Indonesia kerana ia adalah lagu masyarakat serumpun,” katanya.

Pendapat yang sama diberikan oleh orang besar di Radio Era, Rostam Said yang mengatakan ini adalah untuk memenuhi permintaan pendengar. Meskipun mengakui kualiti lagu tempatan jauh lebih tinggi, kerana dipilih oleh pendengar mereka perlu memenuhi tuntutan itu.

Tetapi kita juga berbangga kerana ada radio swasta yang meletakkan soal jati diri bangsanya di tempat yang utama. Misalnya radio swasta Suria FM hanya menyelitkan 15 peratus lagu-lagu Indonesia.

Menurut Ketua Pegawai Operasinya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, stesen itu mempunyai skala tersendiri di dalam penyiaran lagu-lagu asing.

“Hanya 30 peratus lagu asing yang ke udara iaitu 15 peratus lagu Indonesia dan 15 peratus lagi lagu-lagu negara lain,” katanya. Ini menunjukkan stesen yang baru saja mengembangkan siarannya di seluruh negara itu menyiarkan 70 peratus karya tempatan.

Nampaknya dengan menyiarkan lagu tempatan secara lebih kerap, stesen berkenaan tidak ketinggalan malah semakin meluaskan pengaruh kalangan pendengar pada ketika ini.

Suria FM diyakini bakal memberi cabaran paling sengit kepada stesen swasta yang ada pada ketika ini berdasarkan reputasi dan rancangan-rancangan menarik.

Soalnya tugas siapakah yang memantau stesen radio swasta? Tidak ada sebarang peruntukan yang membolehkan pihak berkenaan dikenakan tindakan kerana menyiarkan karya luar.

Justeru kepada stesen yang beroperasi hanya dengan tujuan untuk mengaut keuntungan, faktor lain tidak dirisaukan. Pedulikan nasib artis sendiri, pedulikan nasib komposer tempatan, yang penting mereka berjaya mengaut keuntungan seberapa banyak yang mungkin.

=================

any comments? :-D

About these ads
Categories: Common Tags:
  1. Henry
    September 27, 2007 at 11:07 am | #1

    No need to worry about Musik Indonesia. Beberapa waktu yang silam pun, artis malaysia banyak yang meramaikan ruang udara Indonesia. Seperti Ning Baizura, Sheila Madjid, bahkan Amy Search sendiri pun pernah di puja oleh masyarakat Indonesia.

    Selama ini mungkin 90 % dari stesen radio baik di Indonesia maupun di malaysia lebih mengumandangkan lagu-lagu barat. Apakah itu lebih baik ? di bandingkan mengumandangkan lagu lagu serumpun ? yang bahasa nya lebih di mengerti ?

  2. adi
    October 6, 2007 at 9:59 pm | #2

    hehehe….

    habis mau gimana? orang malay-nya yg emang suka… kalo udah begini, hukum ekonomi yang bicara…

    klien saya Petronas di Sudan, karyawannya (yg biasanya orang malaysia) saat ada kesempatan memutar lagu… yaa, seringnya… lagu Indonesia itulah yang di putar…

    cheers lah… memang musik Indonesia sangat bisa dibanggakan…

  3. December 9, 2007 at 12:35 pm | #3

    No wonder…Indonesian Song & Musician best laah…cannot compare with malysian song n musician…it’s truth rite?

  4. ridhwan bahaudin
    July 15, 2008 at 8:50 am | #4

    kenapa ada persaingan antara artis malaysia dengan artis luar?

  5. August 23, 2008 at 11:26 am | #5

    Persaingan di industri musik tu udah biasa jd knp msti marah klo kesaing? Dulu th 90an musik malaysia bnyk yg beredar di indonesia knp Giliran musik indonesia yg beredar di malaysia Musisinya pda marah?

  6. oyonk
    November 14, 2008 at 7:43 pm | #6

    We are talking about quality. And the true is Indonesian music is the best.
    I always stay tune in one of radio station in KL every night. I always request some indon fave songs (Peterpan, Dewa19, Yovie and The Nuno, Kerispatih),

    I truly love Indonesian songs…..

  7. xxxx
    July 25, 2009 at 2:36 pm | #7

    pada akhirnya kualitas dari musik itu sendri yang menentukan ga mungkin kan kita dipaksa dengerin lagu yang menurut kita ga baguss

    • :-@
      April 8, 2010 at 10:53 am | #8

      waaaaaaaaaaaaaa
      kalau I jadi mcm tu kan bagui
      hahhahahhahahhahahha
      kalau aq mesti cari 13 buah lagu tempatan susah kan
      huuuuuuuu~~~~~~~~~~~~~~~~~~

      FROM: :-@

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: